Sunday, March 29, 2009

sinopsis 5 tahun 5 bulan

menjadi orang gaji di rumah encik latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia uyang sarkastik tu,,,


ini bukan asam pedas. Dah macam masam-kelat-pedas aje. Masin sangat la ni,,, lain kali nak letak garam banyak mane timbang la dulu.
Nak bagi kiteorang kene diabetis ke Cik Ana oi,,,?
Bancuh kopi O. Kurang gula. Tapi campur sedikit honey.


Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana,,, dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya,,,


kata Ana :
saya bukan orang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.
kata hati Along :
tanpa diduga dia mengenali Jo di dalam Ana.

Warna Teks siapa Ana? dan siapa pula Jo dalam hidup Along?

seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di University of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi : boys're stupid, some men too.

Hlovate mengungkap roman-komedi ini didalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 tahun 5 bulan secukup rasa; enak dimulut; berkhasiat diminda; penawar dihati,,, mengisi nurani

No comments: